Jumat, 09 Desember 2011

Perjuangan Bermula

ada tahun 1960-an, pemimpin organisasi kaum kulit hitam telah ditindas dengan teruknya iaitu sama ada dibuang negeri atau ditahan. Dalam keadaan begini, parti ANC dan PAC terpaksa melupakan azam mereka terhadap penentangan secara aman dan bergerak ke arah perjuangan bersenjata (armed struggle) pula, yang dilancarkan dari negera-negara merdeka di sebelah utara. Pemimpin tertinggi yang masih berada di Afrika Selatan telah ditahan termasuk ahli dari sayap militari ANC yang baru iaitu parti Umkhonto we Sizwe (Spear of the Nation), telah ditahan pada tahun 1963. Sewaktu "Perbicaraan Rivonia", Nelson Mandela, Walter Sisulu, Ahmed Kathrada dan lain-lain, telah ditahan atas tuduhan sabotaj (dan bukannya khianat, iaitu tuduhan yang asal), dan mereka dipenjara seumur hidup.
Semasa sayap militari ANC ditubuhkan, kebanyakan negara Afrika memberi sokongan padu kepada sayap tersebut dengan memberi perlindungan kepada golongan pemberontak ini. Malangnya negara-negara tersebut rata-rata baru mencapai kemerdekaan dan masih dibelenggu kemiskinan. Regim aparteid telah mengambil kesempatan ini dengan memberi 'umpanan' berupa bantuan kewangan untuk menjalinkan kerjasama dengan negara jiran. Antara negara jiran yang mempunyai ikatan ekonomi dengan Afrika Selatan termasuklah Botswana, Lesotho, Swaziland dan Malawi. Pada 1963, hanya Zambia, di bawah pimpinan presiden Kenneth Kaunda, yang memberi tentangan aktif terhadap regim aparteid dan menyokong perjuangan sayap militari ANC.
Walaupun langkah-langkah kejam berjaya mengekang gerakan aktivis pada tahun 1960-an, kebangkitan penentangan politik terhadap aparteid semakin berleluasa pada awal 1970-an. Malah, pada Jun 1976, pelajar-pelajar sekolah di Soweto telah memberontak terhadap dasar aparteid di dalam pendidikan, dan ini mencetuskan kebangkitan belia kulit hitam di seluruh negara. Seramai 575 rakyatnya yang kebanyakannya remaja telah terkorban. Sebelum kebangkitan di Soweto, kaum kulit hitam hanya bergantung kepada tindakan undang-undang yang kuat. Peristiwa di Soweto merupakan titik permulaan ke arah kemerdekaan kaum majoriti di Afrika Selatan.

0 komentar:

Posting Komentar